Gig kali ini dianjurkan oleh Trooper Art Regime Distro dengan kerjasama MKB Studio Bangi.Sesi sound check bermula pada pukul 1.00 sehingga
3.30 petang selepas krew-krew menyiapkan segala instrument. Crowd mula
membanjiri kaunter tiket dan 20 orang pertama yang membeli tiket telah
dijanjikan mendapat CD percuma dari band Ifrid, Nosferiel dan Inside.
Selepas sesi soundcheck,
gig diteruskan tanpa membuang masa. MC hari ini yang ditugaskan adalah Rock
Angel dari pihak penganjur sendiri. Black Seed yang berasal dari Melaka band
berkonsepkan thrash metal tanpa
membuang masa menjadi band pembukaan pada hari itu. Tampil bersama 4 orang
anggota line up Amy –vokal/gitar, Basry Snakepits –gitar, Cliff Hail-bass dan Apiz Madness-drum) melontarkan 3 buah
lagu sendiri bertajuk Destroy ‘em All,
, United for Thrash dan Blood Nation.
Penulis terhidu pengaruh-pengaruh dari Sodom , Angel Witch, Hirax dan Destruction dalam sound-sound mereka namun tetap diadunkan dengan cara yang sendiri. Crowd tidak lagi membuang masa headbanging secara berterusan dan tanpa mengenal erti penat. Selain lagu sendiri, mereka turut mendendangkan 3 buah lagu cover iaitu Headbanger dari Battalion serta Metallica iaitu Metal Militia dan Seek and Destroy yang benar-benar membuat crowd semakin menggila. Lagu-lagu cover didendangkan sebaik mungkin. Terpancar kepuasan dimuka-muka crowd yang pertama kali melihat mereka beraksi. Band pembukaan yang cukup menyelerakan. Namun ini masih belum cukup.
Apabila MC mengumumkan Slaydeath sebagai band
seterusnya sorakan dari crowd terus bergema mengegarkan MKB Studio yang teruja
untuk melihat band ini beraksi. Ini adalah kemunculan pertama Slaydeath yang
berasal dari Bangsar Kuala Lumpur dianggotai oleh Dx Zahit -vokal , Black-gitar
, Wai -bass dan Angah-Drum. Selepas melakukan set up dalam beberapa minit band
ini melontarkan 3 buah lagu dipetik dari demo mereka berjudul We Hate War iaitu Kingdom of Cruelty, Your
Hypocritical dan We Hate War yang
mengalukan irama thrash/death metal bertemakan anti peperangan yang perlu
dipertikaikan lagi untuk menarik perhatian crowd untuk headbanging. Vokalis juga melontarkan suaranya semaksimum mungkin
seperti yang didengar dalam cd demo mereka tanpa ”pancit” langsung. Pada saat
ni aksi menjulang mula dilakukan oleh crowd sebagai tanda mereka enjoy
persembahan termasuk aksi belanggar antara satu sama lain. Slaydeath turut
mendendangkan 2 buah lagu baru yang akan dirakamkan tidak lama lagi iaitu Death Clay of The Love dan Rowdy Cruel yang sememangnya tidak jauh
berbeza dari seleksi mereka sebelum ini namun masih tetap menghiburkan dengan
alunan irama keras yang tiada dipertikaikan lagi keasyikannya
Bestial Hellcult yang berasal dari Senawang
Negeri Sembilan tampil dengan 3 anggota tanpa pemain bass terdiri daripada
Hellxastor- vocal, Hammer Beast –Drum dan Matt Hatred –gitar. Namun ketiadaan
pemain bass tidak mencacatkan persembahan mereka dan mereka memberikan
persembahan mereka sebaik mungkin. Tampil lengkap dengan bullet belt dan war-paint
mendendangkan 1 intro berjudul – Evil
Destruction dan 3 buah lagu yang termasuk dari promo rehearsel mereka iaitu
Vonblood Goat Torment, Blood Blasphemy dan Unholy Satanik
War.Penulis terhidu pengaruh-pengaruh seperti, Sadomator Blasphemy, Von,
Goat Torment, Diocleation (sekadar contoh) yang sememangnya berteraskan irama
black metal diadunkan death metal yang mementingkan paluan drum seperti peluru
bertalu dari machine gun. Padu berat dan lontaran irama yang cukup kejam tanpa sebarang melodik
indah. Band ini boleh pergi jauh jika terus serius dan terus merekod material
mereka dimasa akan datang.
Band keempat yang
membuat persembahan pada hari ini ada G.O.D.A dari Shah Alam. Dibarisi oleh 5
anggota tentera iaitu Daeng Berjuang, JY, Abib, Osman dan Amer mendedangkan
irama death metal yang cukup berat
dan kelihatan sedikit teknikal dan progresif dari segi riffing-riffing mereka yang menghasilkan versatile. Walaupun
mendendangkan 4 buah lagu yang termasuk dipetik dari release mereka bertajuk Pure Hate and Anger iaitu, Si Chaling, Kaperon , Sakhlat dan As Suja namun boleh dikatakan lagu-lagu
mereka berdurasi panjang yang memberikan kepuasan maksimum kepada crowd untuk headbanging tanpa henti.
Vokalisnya mempunyai aura yang hebat melontarkan vocal yang cukup kejam dan
betul-betul menghayati irama mereka . Sesuatu persembahan yang cukup menarik
dan menghiburkan.
Puakerysm dari Rawang mengambil tempat selepas
G.O.D.A tampil dengan 4 orang line up iaitu Zan-vokal, Ijai-gitar, R-Man-Bass
dan Adhy-Drum. Mereka mendendangkan 3 lagu sendiri berteraskan irama thrash
metal termasuk sebuah lagu dari promo mereka yang turut diselitkan dalam
kompilasi Born in Darkness vol.4 dan
lagu yang dipetik dari release mereka akan datang iaitu Why Do Yo Evil So, Conspiracy of Madness dan Curse of Dragon. Mereka turut menyelitkan cover-cover yang
sememangnya mengembalikan keremajaan crowd-crowd yang hadir dari Heloisa iaitu At Dawn They Arrive, Motorhead iaitu Ironfist serta Athotorgh iaitu
Beyond The Serpent Scream yang tidak
lagi asing peminat muzik metal tempatan.
Bagi memeriahkan
suasana pihak penganjur turut memberikan hadiah secara misteri crowd yang hadir
sebelum persembahan band-band diteruskan. Kali ini Silent’dra dari Cheras Kuala
Lumpur terdiri dari 6 orang anak muda iaitu Ajam-gitar, Asyid-gitar,
Faidhi-bassist, Zizul –vocal, Akhmal – keyboard dan Ayep –drum tidak
menghampakan crowd yang ada. Walaupun masih muda namun irama melodic/symphonic
black/death metal mereka sememangnya agresif , mantap dan bertenaga seperti
band-band yang berpengalaman. Setlist mereka hari ini terdiri daripada Intro, Eschaton, The Triangle of Tragedy, I
Seek Your Oath, Progenies The Great Apocalypse (Dimmu Borgir) dan Wake Up Aiyuhannas.
Logam dari Johor Bahru berteraskan irama speed/power/thrash metal terdiri empat lineup Swordist, Zwar, Dean dan Lanloq
tidak lagi perlu diperkenalkan. Memulakan setlist
mereka dengan cover dari Iced Earth-
Violate tanpa disuruh crowd terus headbanging secara automatik. Diteruskan
lagi lagu-lagu Burn Baby Burn, The Rage, Peluru Sesat, Metal Souls dan M.A.D
yang dipetik full lenght mereka – The
Murder Artist sememangnya
menyebabkan crowd tidak berganjak dari tempat mereka untuk menghayati irama
dari Logam. Sound yang ditampilakn oleh mereka dikatakan antara yang terbaik
pada hari itu. Logam mengakhiri setlist mereka dengan cover dari Megadeth –Tornando of Souls menyebabkan
crowd meminta lagi seperti tidak puas namun terpaksa dihentikan bagi
menghormati azan waktu Maghrib.
Selepas berehat
dalam 20 minit, Atrocious sebuah band black metal dari Johor Bahru yang tidak
asing lagi mengambil tempat. Band ini tampil lengkap dengan corpse paint, war paint dan bullet belt yang terdiri daripada Azmi,
Amar ,Otai dan Wak Leh . Walaupun tanpa kehadiran pemain keyboard namun tidak
mencacatkan persembahan mereka terutamnya vokalis/gitarisnya Azmi yang
sememangnya benar-benar bertenaga dan lantang bersuara diatas pentas. Crowd
yang masih berada diluar terus meluru masuk supaya tidak ketinggalan
persembahan mereka. Hari ini
Atrocious mendendangkan 5 buah lagu sendiri berjudul Sign of Darkness, Storm of Armageddon, Brave of
Victory, Voice of War dan 13th Blood Masscare. Secara peribadi
walaupun penulis telah melihat berkali persembahan mereka namun persembahan
mereka tidak pernah mengecewakan kerana setiap kali tampil Atrocious tampil
dengan gimik yang berbeza. Benar-benar mengujakan penulis dan crowd yang hadir.
Tragic Awakening dari Gombak Selangor selepas itu menyusul tanpa membuang masa memulakan setlist mereka. Menampilkan 2 orang
vokal iaitu Bob dan Bagok sememangnya memberikan kelainan daripada band-band
lain pada hari itu. Walaupun mereka menampilkan metalcore sebagai asas muzik mereka dari pemerhatian penulis band
ini turut bereksperimen dengan irama death
metal secara progresif dalam muzik pembawaan muzik mereka. Terbukti crowd-crowd yang kebanyakannya terdiri
dari peminat muzik metal tepu enjoy
berheadbanging dengan persembahan
mereka. Setlist mereka hari
itu selain mendendangkan lagu sendiri turut menampilkan lagu cover dari Arch Enemy. Lagu-lagu tersebut
adalah Burning Angel, Axis of Justice,
Unncontrolled, Living in Lie dan
Hypocrite. Di harap band ini
dapat melahirkan material mereka secepat mungkin.
Antaboga band berkonsepkan irama Mystical Black Metal dari Selangor
tampil dengan imej yang cukup menyeramkan terdiri daripada Bartbarah-bass, Lumania –drum dan Hantu Kepalang. Walaupun terdapat masalah teknikal pada
awalnya namun masalah ini telah ditangani dengan baik oleh krew terutamanya
Moon Laknat (Santau). Antaboga meneruskan persembahan mereka menyalurkan irama
mistik dan seram dikalangan crowd dengan lagu-lagu seperti Purnama Si Roh,
Dukun,Shita Laknat, Jannazah dan Panji Timur Hitam. Crowd seolah-olah tidak penat malah membuat bulatan dan
berheadbanging ditengah-tengah . Benar-benar menghayati persembahan Antaboga.
Sejurus Antaboga
mengakhiri setlist mereka, Ajal band Eastern
Black Metal dari Kuala Lumpur tampil sebagai band penutup pada hari
tersebut. Tampil dengan 5 orang anggota memulakan setlist mereka dengan lampu
dipadamkan dan mengalunkan intro seram berjudul Suara dari Kubur. Setlist
mereka diteruskan dengan lagu dari release
mereka yang terbaru berjudul Jannarakah iaitu Amukan Keris Pusaka, Mesiah
Palsu, Perjuangan Jihad. Crowd kebanyakan masih tidak berundur dari pentas
.Ajal terus mendendangkan 2 buah lagu lama dari demo mereka iaitu Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma dan Susuk
Kheramat sebelum mengakhiri setlist mereka.
Secara ringkasnya
sambutan gig ini amat memberangsangkan walaupun pada hari tersebut berselisih
dengan beberapa event yang lain. Namun
pihak penganjur tidak pernah gentar dengan cabaran tersebut kerana pihak
penganjur percaya dengan usaha-usaha yang giat dijalankan untuk mempromosikan
gig ini. Terima kasih kepada band-band terlibat, crowd-crowd yang hadir terutamanya KL Headbangers yang benar-benar menggila, serta crew-crew terlibat
sebelum dan semasa gig ini dijalankan. Semoga usaha-usaha untuk memeriahkan scene, membuka peluang dan ruang
untuk band-band menonjolkan bakat tanpa melalui amalan kronisme diteruskan dari
semasa ke semasa. Insyallah dimurahkan rezeki kita bertemu di tahun hadapan di Total Metal Extreme - Revenge!!!
Disediakan oleh : Man Rabaxx (Trooper Art Regime Distro)
0 comments:
Post a Comment