THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 24 December 2011

HIDING FEAR Dark Pleasure Of Imagination (TARD 14)




HIDING FEAR merupakan sebuah band yang berasal dari KUALA LIPIS, PAHANG. 2008 adalah tahun HIDING FEAR ini ditubuhkan. Antara band yang menjadi pengaruh utama mereka pada awal kemunculan adalah SLAYER, KREATOR, MORBID ANGEL dan SODOM sebelum mereka berivolusi dengan pelbagai band-band thrash yang lain. Demo pertama mereka yang berjudul Dark pleasure Of Imagination terbitan Evil Institution Record telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2010. Kisah demo ini lebih kepada tekanan perasaan, pembunuhan kejam dan aktiviti diluar tabii manusia yang normal yang cuma hadir dalam ilusi manusia yang sentiasa berangan untuk melakukan kejahatan namun tidak ada realitinya!!!. Kini, demo ini diterbitkan semula oleh TROOPER ART REGIME DISTRO (Setelah menjalani proses Mixing semula). Ep pertama mereka akan dikeluarkan dalam tahun 2012 sekiranya segalanya berjalan lancar.

  Secara peribadinya, HIDING FEAR merupakan sebuah band yang mampu bergerak lebih jauh didalam industri muzik berat di negara ini. Kerana mereka sentiasa mencari sesuatu yang berbeza didalam penulisan setiap lagu-lagu dari mereka. Dan seharusnya, sokongan yang jitu harus diberikan perhatian terhadap mereka ini.. Tiga anak muda yang cukup berhati-hati dengan setiap penghasilan lagu-lagu mereka.

Line Up:
-Amat: Guitar
-Abe: Vokal
-Nafi: Drum

Antara lagu-lagu yang terdapat di dalam demo ini adalah:
1) Pleasure Of Imagination (Intro)
2) Athen's Night With Knife
3) Ghost Of....
4) From Asylum With Terror
5) Phobia (KREATOR Cover)
6) It's Inside Me (Outro)

"Where Ever Man Walk, I Shall Walk Again!!!"


~We Rise Through The Wafe,
 Set Fire To The Skies,
 We Are Pure Madness,
 HIDING FEAR!!!




:Disediakan Oleh MAN RABAXX


Dapatkan Demo HIDING FEAR segera!!! Dengan harga yang teramat mampu untuk anda milikinya..RM12.00 (Free Postage). Sokongan Anda amat diperlukan!!!!

Hubungi segera:
-MAN RABAXX: 012-5371675
-ROCK ANGEL: 012-6429431

Remember this, NO FUCKING RIP OFF!!!!

DEMONIFICATION Espionage Of His Messengers (TARD 13)




 DEMONIFICATION ditubuhkan di SINGAPORE pada tahun 1997 oleh pengasasnya Fai Sall. Mereka banyak di pengaruhi oleh band-band seperti SODOM, KREATOR, DESRUCTION, SADUS, WHIPLASH, MEGADETH, MOTOHEAD, SABBAT, ABHORER dan IMPIETY. Mengklasifikasi muzik mereka sebagai Thrash Metal adalah amat tepat sekali!!!. Antara rilisan yang berjaya mereka keluarkan adalah:

-The Holocaust Continues: Ep 2003
-Hell Metal: Full Length 2004
-Bonded By Siamese Hellfires: Split With IRONFIST 2006

 Band ini hampir dibubarkan namun semangat yang kental tidak pernah padam. Dan kerana itu lahirlah "Espionage Of His Messengers" Yang mengandungi 8 track termasuk 1 track bonus khas untuk pasaran di MALAYSIA. Antara lagu-lagu yang terdapat didalam Ep ini adalah seperti berikut:

-Intro I Am God Worship Me
-The Rebirth Of Mankind
-Espionage Of His Messengers
-Air Mata Hawa
-Molten Lava
-The Minds Of Neolithic
-I Am Not God
-Destroyer Of Saba (Inst)-Bonus

Line Up:
-Fai Sall: Vox/ Guitar
-J.Rage: Drums
-Thoth Saitan: Bass



:Disediakan Oleh MAN RABAXX

Dapatkan Ep mereka di TROOPER ART REGIME DISTRO. Ini adalah keluaran yang ke-13 dari kami sejak TARD ditubuhkan. Anda boleh berhubung terus ke..

-MAN RABAXX: 012-5371675
-ROCK ANGEL: 012-6429431


Seperti biasa NO FUCKING RIP OFF!!!

Wednesday 16 November 2011

UNHOLY THRASHING SAVAGE (4 WAYS SPLIT CD)



  UNHOLY THRASHING SAVAGE (4 Ways Split CD). Sebuah split yang mengambungkan 4 band dari 4 buah negara dan mempunyai 20 lagu yang akan membunuh setiap jiwa yang mendengarnya!!!



STORMING STEEL Adalah sebuah band yang berasal dari Alor Setar, Kedah Malaysia. Band ini ditubuhkan pada 2007 dan dibarisi oleh pejuang-pejuang Thrash Metal seperti:

CS-WILD- VOCALS
MANIAC AGGRESSOR- GUITAR
THRASHING POSSESSION- BASS
WANDERWIZARD- DRUMS

Memperjuangkan Thrash Metal..(Juga dilabelkan sebagai Black Thrash Metal bagi sesetengah penulis). Sehingga kini mereka pernah melahirkan beberapa material di antaranya:

1) The Twin Bestial Forces (Split with HELLWITCH 2008)
2) Aggresion Thrashing Fist (Full length,2009)



  OMISSION adalah sebuah band yang ditubuhkan di Madrid, Sepanyol pada tahun 2002. Line up terkini:

PATILLAS- GUITARS, VOCALS
MARCO MARAUCO- GUITARS
SURT- BASS
DAVITI- DRUMS


   Sebuah band yang berpaksikan muzik Extreme Thrash Metal dengan pengaruh band-band awal seperti KREATOR, WHIPLASH, DUCTH dan beberapa lagi...(lebih baik anda sendiri menilainya)...sentuhan dari mereka adalah amat padat, laju dan semestinya kejam!!! Mereka telah melahirkan beberapa meterial diantaranya:

1) Day Of Your Death Arrives (Demo,2005)
2) Thrash Metal Revenge (Compilation,2006)
3) Yells That Destroys (Demo,2007)- Self-Released
4) V.P.A (Demo,2008)- Self-Released
5) Satanic Speed Thrash Metal (Compilation,2008)
6) An Unholy Thrash Metal Night (Split,2009)
7) AngelFuck (Compilation,2010)
8) Merciless Jaws from Hell (2011)



DUNKELL REITER ditubuhkan di Contegem,Minas Brazil pada tahun 1996 dan berkonsepkan Thrash Metal. Band ini tidak pernah terikat dimana-mana label sejak awal kemunculan mereka. Dan sehingga kini, mereka telah melahirkan beberapa material diantaranya:

1) Just For Die (Demo 1997)
dan Setelah hampir 12 tahun mereka muncul semula dengan EP:
2) Death And Pain (2009)
3) Resident From Evil (2010)

 Perjuangan Thrash Metal mereka lebih kearah Peperangan, Kematian, Kesengsaraan dan hal berkaitan keganasan dan kemusnahan yang dilakukan manusia akibat terpengaruh dengan hasutan syaithan. 
Band ini dianggotai oleh:

ASSASSIN- GUITARS & VOCAL
BESTIAL INVANSION- DRUM
RIDER OF HELL- GUITAR
OTREBOR- BASS


  REVENGE adalah sebuah band yang berasal dari Athens, Greece. Band ini di tubuhkan pada tahun 1999 yang kini di anggotai oleh:

MANOS- BASS & VOCAL
ILIAS- GUITARS
JIM- GUITAR
JOHN- DRUM

  Band ini di pengaruhi oleh band-band lama seperti SEPULTURA (Old), SARCOFAGO, MUTILATOR, AURA NOIR dan berpegang teguh sebagai sebuah band yang berpaksikan Evil dan Kehancuran keatas Agama Kristian. Konsep muzik mereka amat sesuai sebagai Evil Thrash. Band ini telah merakamkan beberapa material seperti:

1) Demo 2006 (Demo 2006)
2) Nail Them All (Demo 2007)
3) Jesus On The Cross (Demo 2007)
4) Murder (Demo 2008)
5) From Hell (2008)
6) Holocaust (Split with WITCHCRAP 2009)


Dengan harga RM30.00 (Postage)..ianya terus menjadi hakmilik kekal anda. Dapatkanya segera selagi stock masih ada..Jaminan kepuasan yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata apabila anda mendengar 20 Track lagu yang terdapat didalamnya!!!

Hubungi segera:

ROCK ANGEL: 012-6429431
MAN RABAXX: 012-5371675 

NO FUCKING RIP OFF!!!!!!













Sunday 16 October 2011

ZURIARTS EP KESAKITAN ABADI (TARD 11)




ZURIARTS yang mempertengahkan irama Melodic Black/Death Metal ini mula di tubuhkan oleh Shah Disaster (X-Basis band old school Thrash Metal dari Taiping iaitu VIOLATOR) pada bulan april 2004 di Seremban N.Sembilan. Pada masa itu, Zuriarts hanya ada satu-satunya anggota tetap iaitu Shah sendiri dan zuriarts dilengkapi oleh ahli jemputan yang telah mempunyai band sendiri. Zuriarts pada masa itu di anggotai oleh :-

Shah Disaster – Lead Gitar & vocal
Nuar                - Drum
Az                    - Bass
Mann               - Gitar

Di awal penubuhan, Zuriarts banyak membawa lagu cover dari Athotorgh, Iron Maiden, Slayer, Cradle Of Filth, Langsuyr, Hayagriva dan lain- lain lagi. Zuriarts juga pada masa itu telah mempunyai lagu sendiri ciptaan Shah Disaster yang bertajuk Dead To Hell. Pada 2hb Mei 2004, Zuriarts telah beraksi dalam sebuah gig anjuran saudara Padil (Haggard) di Little Havana Club, Bukit Bintang bersama dengan band yang telah mencipta nama iaitu The Hidden, Dark Nirrajim, Halun, Natas, Farasu & lain – lain lagi. Zuriarts telah menyumbangkan 4 buah lagu iaitu 3 buah lagu cover dari Athotorgh (beyond the serpent scream), Slayer (mandatory suicide) dan Misfits (death come ripping) dan 1 lagu sendiri yang juga telah menaikkan nama zuriarts bertajuk Dead To Hell. Secara tidak langsung dari gig tersebut, Zuriarts telah mengeluarkan material pertama iaitu ZURIARTS – PROMO REHERSAL VCD LIVE in GIG 04…

Pada tahun 2005, Shah telah kembali ke kampung halaman iaitu Taiping, perak dan mencari ahli baru untuk berjuang bersama zuriarts. Akhirnya bertemu dengan beberapa ahli dan juga telah mengeluarkan EP pertama zuriarts pada tahun 2006 yang bertajuk ZURIARTS – Arrival Of The Dark Descent EP`06.

Ahli Zuriarts tersebut adalah :-

Shah    - Lead Gitar & Vocal
Fizie     - Drum
Ally      - Gitar
Epiet    - Bass

Pada 2008, Shah terpaksa mencari ahli-ahli baru semula untuk melengkapi Zuriarts kerana ahli yang sedia ada terpaksa tarik diri kerana kerja dan tugas masing-masing yang perlu di beri sepenuh perhatian. Dengan perkenalan antara Shah dan saudara Azil, beliau telah membantu mencari ahli baru untuk zuriarts dan mereka semua menetap di Pulau Pinang. Dengan ahli baru ini juga, berlaku pertukaran posisi dalam permainan instrument.

Ahli terkini Zuriarts :-

Shah    - Bass & Vocal
Azil      - Lead Gitar
Amir    - Gitar
Mizal   - Drum
Yon     - Keyboard

Dengan ahli yang ada, zuriarts mula mengembangkan kembali nama. Pada tahun 2009, Zuriarts telah mengeluar kan album split bersama band SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE dari negara jiran iaitu Thailand bertajuk ZURIARTS/ SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE -  Satanity Diabolical Siamese Malaysian Unholy Split. Dan split tersebut di rilis di bawah label Mutilationary Records dari negara tersebut. Sepanjang pembabitan, Zuriarts juga telah terlibat dengan beberapa album kompilasi dan telah beraksi di beberapa gig yg terdapat di Malaysia.


Hubungi Shah Zuriarts di :

E-mail :  Zuriarts@yahoo.com
Facebook         :  Shah Zuriarts





DAPATKAN 'KESAKITAN ABADI' KINI HANYA DI TROOPER ART REGIME DISTRO
DENGAN HARGA MAMPU MILIK DAN HAK MILIK KEKAL!!!
RM23.00 BY POST
RM20.00 BY HAND

CALL: 012-6429431 (DANI)
        : 012-5371675 (MAN)

SUPPORT OUR LOCAL BAND!!! 
NO FUCKING RIP OFF!!!

Thursday 6 October 2011

Born In Darkness Compilation Vol 7 (TAR 10)











 Kelahiran BORN IN DARKNESS kali ini adalah cukup bermakna sekali..Ianya adalah keluaran TROOPER ART REGIME DISTRO yang ke 10. Dan BORN IN DARKNESS VOL 7 lebih bermakna dengan penglibatan band dari US, MALNURTURE...Selain dari itu, 2 band Indonesia turut serta dalam Vol 7 kali ini..PEJAH dan LENTERRA. Dan seperti biasa, 6 band dan 12 lagu di sediakan untuk anda semua mendengarkanya.. Disini kami menyenaraikan Band-band yang terlibat didalam kompilasi BORN IN DARKNESS kali ini :


1) UNITHEISM (Sarawak)
2) MALNURTURE (US)
3) HELLSTORM (Sabah)
4) LENTERRA (Indonesia)
5) PEJAH (Indonesia)
6) KREMATION (Sarawak)



 Ini adalah barisan band-band yang hebat dan kami amat teruja melahirkan BORN IN DARKNESS Vol 7 kali ini. Anda boleh memilikinya dan berhubung terus ke:
ROCK ANGEL: 0126429431 
MAN TARANTULAH: 0125371675 
Atau di FB mereka..
 Dengan harga RM17.00 by Hand
                       RM20.00 by Post


Support and NO FUCKING RIP OFF!!!!

Thursday 29 September 2011

HIRAX (NOT DEAD YET)



Hirax ialah band thrash metal dari Cypress, California .
  • Bermula pada tahun 1984 di bawah kepimpinan vokal katon W. De Pena (only original member),
    band yang pernah perform di Los Angeles dan San Francisco bersama band baru lain thrash metal di kawasan itu spt Metallica , exodus , dan Slayer .

    Band ini adalah satu contoh awal thrash metal , speed metal dan crossover thrash genre.
    Selepas release beberapa demo, Hirax ditandatangani dengan label Metal blade dan memulakan rakaman full-length pertama mereka, Raging violence pada tahun 1985.
    band ini terdiri daripada ora W. De Pena (vokal), Scott Owen (gitar), Gary Monardo ( Bass) dan John Tabares (drum).




Pada tahun 1986, John Tabares meninggalkan band ini dan Eric Brecht (saudara dri 'vokalist Kurt Brecht) menyertai.

Selepas perubahan tersebut, mereka mengeluarkan album kedua mereka, hate,fear and power di bawah tekanan label (hanya mempunyai 16 minit panjang dr 8 lagu) .


Selepas released, band ini keluar dr label dan bebas mengeluarkan demo yang dipanggil blasted in Bangkok pada tahun 1987 .

Tetapi dengan ketegangan dan perselisihan faham dalam band, De Pena memutuskan untuk meninggalkan dan membentuk band baru dengan Gene Hoglan (bekas drummer dark angel),
dan Ron McGovney (bekas Bassist metallica). Mereka memanggil diri mereka phantasm dan mengeluarkan demo enam trek pada tahun 1988 (dikeluarkan semula pada tahun 2002 sebagai CD dengan demo dan live track) .


Selepas tour yg ringkas bersama Nuklear Assault , mereka berpecah.



Pada tahun 1989, selepas peninggalan De Pena,Paul Baloff di jadikan pengganti (bekas frontman Exodus).Tetapi tidak lama selepas itu band berpecah





reunion
De Pena masih terlibat dalam arena muzik bawah tanah dan bekerja di kedai muzik tempatan.
Pada tahun 1997, beliau menunjukkn salah satu daripada lagu-lagu lama pada demo kompilasi dengan band ini kpd salah seorg drpd rakannya
Menjelang 1998 De Pena telah menerima byk mel dr peminat dan menggalakkan beliau untuk menyatukan kembali Hirax pada tahun 2000.De Pena telah bersatu semula band dengan lineup asal Scott Owen, Monardo Gary, dan John Tabares, mereleasekn El Diablo Negro EP pada tahun 2000 . Pada tahun 2002, band ini perform di abrasive Rock Fest.





This cd combines two classic HIRAX LPs on to one cd. Raging violence came out in 1985 and Hate, Fear and Power came out in 1986. Both LPs released on METAL BLADE RECORDS. Art work by Pushead and Mad Marc Rude. Twenty-two song in total. CLASSIC THRASH
  • Pada tahun 2003, band ini perform di Bang your head festival di Jerman
    • lineup lengkap dan Hirax mengeluarkan album Barrage of noise pd tahun 2001 bersama Hubler Joseph James, Justin Lent (Clusterfux), dan Nick Sellinger.
      lineup ini adalah yg paling ringkas

      Pada tahun 2003, De Pena mengambil lineup baru sekali lagi,
      dan mereleasekn album New Age of Terror pada tahun 2004 bersama guitarist Dave Watson dan Glenn Rogers (bekas deliverance),
      Bassist Angelo Espino, dan drummer Jorge Iacobellis .
      dgn lineup ini, disebabkan perbezaan yang tidak boleh dipadankan,diikuti dalam trend lineup yg lain ia berpecah
      Band ini mengeluarkan album studio keempat mereka Chaos and Goodluck pada musim bunga tahun 2009.


      Katon W. De Pena - vocalist
      Glenn Rogers - guitarist
      Lance Harrison - guitarist
      Steve Harrison - bassist
      Jorge Iacobellis - drummer


        DAPATKAN CD INI YANG MENGANDUNGI DUA ALBUM MEREKA (RAGING VIOLENCE 1985 DAN HATE,FEAR AND POWER 1986)

      ANDA BOLEH BERHUBUNG TERUS KE:
      ROCK ANGEL:012-6429431
      MAN TARANTULAH:012-5371675
      HARGA: RM30.00 TERMASUK POST

      ALBUM INI AMAT SESUAI UNTUK MEREKA YG MENGGILAI THRASH!!!!

      NO FUCKING RIP OFF!!!! ORDER NOW!!!!

Wednesday 28 September 2011

Born In Darkness Compilation Vol 6 (TAR 9)








Pemburuan BORN IN DARKNESS tetap di teruskan dengan kelahiran BORN IN DARKNESS VOL 6. Dengan penglibatan band yang cukup disegani di suatu ketika dahulu..HELOISA!!!!..Dengan menyumbangkan dua lagu yang pernah menjadi siulan mat-mat metal di era keemasan scene metal dahulu. Sudah menjadi tradisi BORN IN DARKNESS,.. enam band dan 12 lagu di sediakan khusus untuk anda yang mencintai Muzik Metal UNDERGROUND ini. Band-band yang bertanggungjawap untuk menjayakan Vol 6 kali ini adalah seperti berikut:


1)HELOISA (Perak)
2)BLOODY ANATOMIES (Selangor)
3)MILITANT ATTACK (Sarawak)
4)ZORBOOTHUS (Indonesia)
5)PUNAHRANAH (Kuala Lumpur)
6)SANTAU (Kuala Lumpur)



Ini adalah material yang ke-9 dari TROOPER ART REGIME DISTRO. Dan seperti biasa, untuk menempah kompilasi ini, anda boleh berhubung terus dengan agen kami:


ROCK ANGEL:012-6429431
MAN TARANTULAH:012-5371675


Dengan Harga RM20.00 Siap Postage!!!!


Setiap tempahan yang telah di buat, pihak kami akan menghantar terus secepat mungkin..sekian


NO FUCKING RIP OFF!!!!

Monday 26 September 2011

Born In Darkness Compilation Vol 5 (TAR 8)









TERUS MEMERTABATKAN BORN IN DARKNESS!!!..Trooper Art Regime meneruskan perjalanan BORN IN DARKNESS dengan melahirkan Vol 5..Ini adalah material yang ke-8 dari TROOPER ART REGIME DISTRO.. Masih seperti sebelum ini, Enam band dan Dua Belas lagu di sediakan untuk menjayakan setiap rilisan BORN IN DARKNESS..Kini, kompilasi ini menjadi salah satu produk yang amat penting bagi TROOPER ART REGIME DISTRO. Pihak kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Band-band dari negeri jiran kita (INDONESIA & SINGAPURA), kerana telah mengambil bahagian untuk menyertai Kompilasi BORN IN DARKNESS ini.
  Enam Band yang telah menyumbangkan lagu-lagu mereka adalah seperti berikut:


1) IFRID (Indonesia)
2) CRYO INFERNO (Kuala Lumpur)
3) EMATHOR (Selangor)
4) GODA DURJANA (Penang)
5) MARGIN FRIENDS FOREVER (Indonesia)
6) SAMARITAN (Kedah)



BORN IN DARKNESS Compilation Akan meneruskan perjalanannya tanpa henti..Ianya memerlukan sokongan dari semua pihak..Jadikan sebagai satu koleksi yang amat berharga untuk generasi akan datang..Lahirnya BORN IN DARKNESS ini adalah seperti kesinambungan kompilasi yang terdahulu yang banyak lahir di scene kita di suatu ketika dahulu.
  Dan untuk memiliki BORN IN DARKNESS ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi:
ROCK ANGEL-012-6429431 ATAU
MAN TARANTULAH-012-5371675


Harga RM20.00 termasuk postage




SETIAP MATERIAL DARI TROOPER ART REGIME YANG TELAH DI ORDER, AKAN DI POST SECEPAT MUNGKIN!!!


ORDER NOW AND NO FUCKING RIP OFF!!!!!

Saturday 24 September 2011

BENCANA MASTIKA COMPILATION (TAR 7)






Kami terpanggil untuk membuat satu kompilasi yang menghimpunkan empat kumpulan Metal bagi menjayakan Kompilasi yang bertajuk BENCANA MASTIKA. Tajuk ini dipilih kerana kami melihat tindakan Majalah Mastika yang terlalu sangat mengambil berat tentang Scene Metal di negara Malaysia dimana terlalu banyak fitnah-fitnah dilemparkan hingga  meninggalkan kesan yang buruk terhadap scene kita..Jika bersuara, suara kita dianggap kulat.. Dan kami membuat keputusan untuk menggunakan Tajuk BENCANA MASTIKA sebagai alternatif suara Black Metal untuk mereka!!!.. 
  Menampilkan Empat band metal yang amat aktif didalam Scene kita. Dan mereka adalah:


1) PREDICATE NOT DEFINED
2) AJAL
3) WHORE HOUSE BUTCHERY
4) SEBAYAN


Mengandungi lapan lagu yang benar-benar bertenaga, buas dan tidak membosankan!!!..



DAN KEPADA EDITOR MASTIKA, HENTIKAN PEMBOHONGAN KAMU TERHADAP ANAK BANGSA MU!!!!


Bagi mereka yang berminat untuk memiliki kompilasi ini, anda boleh menghubungi;
ROCK ANGEL-012-6429431
MAN TARANTULAH-012-5371675
Dengan harga RM18.00 termasuk Postage dan ianya terus menjadi milik anda...


HAIL MALAYSIA METAL SCENE!!!!