THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 9 July 2013

TARD 23: Etherial - Nustrany (Blasphemy)

Etherial sebuah band raw black metal tertua di Jasin Melaka yang lahir pada tahun 1995. Band ini telah melahirkan  demo rehearsal mereka yang pertama pada tahun 1997 berjudul Rihulahmat. Seterusnya pada tahun 1998 mengeluarkan demo berjudul Painland . Namun mula menyepikan diri seketika disebabkan pertukaran lineup dan komitmen lain yang perlu diutamakan.

Setelah sekian lama mendiamkan diri mereka mereka melahirkan material yang seterusnya berjudul  " In The Name pada tahun 2009.  Selepas itu Etherial -Nustrany (Blasphemy) telah dilahirkan oleh Music Garage Production pada tahun 2010 sebagai kesinambungan mereka dalam muzik bawah tanah.


Barisan pejuang terkini untuk Etherial terdiri daripada:
Modgan (Vocal/Gitar)
Lunatic Butcher (Bass)
Thor Hammer (Drum)


Memandangkan masih ramai lagi belum tahu kewujudan band ini terutama peminat muzik bawah tanah di Malaysia, TARD mengambil inisiatif untuk mereleasekan semula  Etherial - Nustrany (Blasphemy) ini dalam bentuk CD di atas persetujuan line up.


Secara ringkasnya demo ini mengandungi 5 track iaitu

1. Skullfucking Christ
2. The Black Contritions
3. Judas Count
4. Ywarlal (The Sons of Satan)
5. Nustrany (Judas Blasphemy)

Bagi mendapatkan demo ini anda boleh menghubungi wakil kami MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau melalui page facebook TROOPER ART REGIME dengan harga RM15.00 (termasuk postage seluruh Malaysia)

0 comments: