THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 9 July 2013

TARD 22: Black Seed - Let The Thrashing Begin (Demo)

Black Seed sebuah band anak muda yang berasal daripada Sungai Udang Melaka. Band ini berkonsepkan Thrash Metal daripada acuan pengaruh mereka seperti Metallica , Sodom, Sepultura, Violator, Overkill dan Destruction (sebagai contoh) .  Barisan tentera Black Seed terdiri daripada Amy Blackseed (Vocal/Gitar), Basry Snakepit (Gitar), Cliff Hailblackseed (Bass) dan Apizz Madness (Drum) . Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk di laman facebook mereka di SINI


Black Seed telah melahirkan material yang pertama berjudul Let The Thrashing Begin. Demo ini mengandungi  4 buah lagu termasuk 1 cover dari Battalion. Lagu-lagu tersebut adalah:
1) Destroy 'Em All
2) Blood Nation
3)United for Thrash
4) Headbangers (Battalion cover)

Rakaman demo ini telah dilakukan di Adam Studio Recording Melaka dan telah di terbitkan dalam bentuk audio cd oleh label Trooper Art Regime pada awal bulan ini.

Perkembangan terkini Black Seed akan beraksi di KL Thrashed 3 pada 1 September ini . Bagi yang berminat untuk mendapatkan demo / release sulung mereka ini boleh menghubungi  MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau menghubungi laman page facebook  TROOPER ART REGIME DISTRO.  Harga cuma RM 15.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia)

0 comments: