THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 20 January 2013

Storming Steels / Obsessor - Ultimate Thrashing Demons

Band Storming Steel yang berasal dari Alor Setar Kedah terus kekal dengan irama thrash metal sehingga hari ini sejak kemunculan mereka 6 tahun lalu . Split ini merupakan material mereka yang keempat selepas The Twin Bestial Forces, Aggression Thrashing Fist dan Unholy Thrashing Savage. Untuk maklumat lanjut boleh merujuk DISINI atau berhubung dengan frontman  email thrashingfist@yahoo.com .
Sementara bagi Obsessor pula band yang berpaksikan irama Black/Thrash Metal dari Jerman ini adalah release mereka yang ketiga selepas Black Thrashing Blasphemy dan Blitzkrieg Batallion. Sebuah band yang tegar dengan muzik ini berpengaruhkan band-band seperti Hellhammer , Old Destruction, Sodom., Aura Noir dan lain-lain lagi (sebagai contoh). Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk kepada halaman facebook mereka DISINI


Split ini telah dikeluarkan oleh Metal Zone Distro yang boleh dihubungi melalui email rasmi :metalzonedistro@yahoo.com.my. Secara umumnya split album ini mengandungi 15 track termasuk 4 buah lagu cover daripada Hellhammer, Destruction, Sepultura dan Silent Death sebagai tanda penghormatan kepada band-band tersebut. Turut memuatkan 2 track live oleh Obsessor yang semestinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada headbangers


Split ini membariskan track-track yang tidak dinafikan akan mengajak pendengar headbanging secara automatik tanpa disuruh . Track-track tersebut adalah
 Obsessor:
1) Inquisitor
2) Speed Metal Slaugther
3) Black Death
4) Call of the Baphomet
5) The Third of Storms (Hellhammer cover)
6) Steel Attack (live)
7) Blessed By Torment (live)

Storming Steels
8) Satanic Thrashing Rites
9)Storming of Steel
10) Demons of Darkness
11) Merciless Sacrifice
12) Violence Steel of Damnation (Overlords of Evil)
13) Invicible Force (Destruction cover)
14) Antichrist (Sepultura cover)
15) Satanic Unity (Silent Death cover)

Contoh track daripada split ini boleh didengar DISINI bagi Storming Steels dan untuk band Obsessor boleh di dengar DISINI

Release ini tidak perlu diragui lagi kehebatannya apatah lagi yang mengikuti pekembangan muzik old school thrash metal. Split ini turut didistrokan di Trooper Art Regime distro dengan harga RM20,00 (Termasuk). Dapatkan segera sebelum menyesal tak sudah!!

0 comments: