THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 19 January 2013

Nosferiel -Infernal Spell

Nosferiel adalah sebuah band berkiblatkan  progresif death black metal dari Kuala Terengganu ditubuhkan pada tahun 1997 . Mereka mengadunkan muzik dari pengaruh Scandanivian Black Metal seperti Mayhem, Dark Throne dan death metal seperti Krisun dalam rentak mereka sendiri . Band ini telah mengeluarkan demo berjudul  Berserk Prism Spell pada tahun 2002.


Selepas itu mereka mengeluarkan demo berjudul Infernos pada tahun 2004 mengekalkan alunan progresif black/death metal dengan sebarang pengaruh dari muzik eastern black metal.  Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa rilisan band ini telah terlibat dengan sebuah split berjudul Misanthrophic Congeration Chapters II dan Kompilasi Born In Darkness vol.2. Pada tahun 2012disebabkan ramai yang masih bertanya tentang demo-demo mereka terdahulu band ni mengambil keputusan untuk mengeluarkan koleksi demo-demo dan unreleased track berjudul Infernal Spell.

Release ini mengandungi 6 buah lagu iaitu:
1.Berserk Prism Spell
2.Dandelion Labybirth CuthThroat
3.Merciless Damon Skullsplitter
4. Infernal Spell
5.Doom My Arden
6. Death To Zion

Amat disyorkan bagi penggemar muzik black metal yang tiada elemen melodic atau eastern. Release ini boleh didapati kini dengan harga RM15.00 Termasuk Postage dengan menghubungi 
- Man Rabaxx 0125371675 atau Rock Angel 012-6429431. 
Dapatkan segera kerana release ini amat terhad dipasaran

0 comments: