THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 20 January 2013

Logam - The Murder Artist


Logam sebuah speed power metal yang berasal dari negeri Johor telah sekian lama aktif dalam scene sejak tahun 1995 dan bukanlah asing bagi yang mengikuti muzik bawah tanah.. Band ini secara umumnya menggabungkan muzik seperti Megadeth, Manowar, Annihilator, Dio, Iced Earth dan Running (sekadar contoh) dalam muzik mereka. Mereka bukan calang-calang band kerana band ini mempunyai aksi pentas yang amat baik dan pernah beraksi diluar negara seperti di Jogja Metal Fest pada tahun di 2007.

Segala maklumat yang lebih lanjut / undangan gigs berhubung di halaman facebook mereka LOGAM atau berhubung terus di email logam.invanders.gmail.com /swordist@hotmail.com.

Baru-baru ini Logam meledakkan kembali aura power/speed thrash metal mereka dengan  full lenght mereka Berjudul The Murder Artist terbitan Orgamastron Production (Milik Agigi Bob Damokis) . /Logam Music Records .


Senarai  lagu  yang terdapat dalam album ini yang pastinya akan membuatkan anda resah dan tidak sabar untuk headbanging adalah
1) The Rage
2) The Murder Artist
3) Brave Heart
4) Burn Baby Burn
5) In Your Veins
6) Darah Di Hujung Sabil
7) Dance Of Your Lies
8) Peluru  Sesat
9) M.A.D
10) Sinner Diary

Promo teaser  untuk album ini boleh lihat disini :  LOGAM

Album ini amat berbaloi untuk dijadikan milik anda . Dapatkan segera dengan hanya RM30.00 (termasuk postage) dengan menghubungi Man Rabaxx (012-5371675) atau Rock Angel (012-6429431) atau melalui facebook mereka . SUPPORT OUR LOCAL ACT!

0 comments: