THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 20 January 2013

Hirax-New Age of Terror

Hirax bukanlah band yang asing terutamanya bagi peminat muzik thrash metal. Malahan pihak Trooper Art Regime sebelum ini pernah membuat sedikit ulasan mengenai sejarah band mereka (rujuk DISINI).




Hirax- The New Age of Terror merupakan album ke tiga bagi band yang berasal dari Cypress California ini. Album ini direkodkan pada tahun 2004 dan dikeluarkan oleh Black Devil Records pada tahun 2005 selepas band in melakukan reunion. Sebagai penghormatan kepada band ini, untuk  pasaran Malaysia album ini telah diedarkan oleh Metal Zone Distro.




Dalam album ni Hirax meneruskan identiti mereka dalam muzik mereka yang padat dan langsung tidak dipengaruhi trend semasa. Sememangnya untuk peminat muzik metal old school. Dalam album ini terdapat 11 yang sememang tidak akan menghampakan bagi peminat mereka yang mendahagakan muzik keras yang tiada batasan disamping lontaran vokal yang tidak boleh diragui kehebatannya



Track-track yang terlibat dalam album hebat ini adalah.
1) Kill Switch
2) Hostile Territory
3) The New Age Of Terror
4) Swords Of Steel
5) Into The Ruins
6) Massacre Of The Innocent
7) Hell On Earth
8) Suffer
9)El Dia De Los Muertos (The Day Of The Dead)
10) El Diablo Negro
11) Unleash The Dogs Of War (Open The Gates)

Contoh track yang terdapat dalam album ini boleh didengar DISINI

Album yang hebat ini kini boleh didapati di Trooper Art Regime dengan harga cuma RM30.00 (free postage) . Hubungi Rock Angel (012-6429431)/ Man Rabaxx (012-5371675) dan jangan pernah meragui kehebatan band ini.. Terima kasih.


0 comments: